|
|||
Langkah 3 : Bina Produk / Laman Bantuan |
|||
|
Klik pada "Products / Services" untuk membina atau mengubah halaman produk anda. Di sini anda boleh membina atau mengubah nama halaman dan gaya, mengubah atau menghapuskan item, mengubah keduduakn item atau menambah lagi item. Perlukan sebarang bantuan? Klik pada "Ask e-Host".(lihat paparan di bawah). Klik pada butang ¡°Click Here¡± yang pertama untuk membina halaman produk yang pertama. Sila ulang langkah ini untuk halaman produk yang seterusnya.
Pilih halaman anda ingin bina atau ubah. Klik pada ¡°Continue¡± untuk meneruskan pembinaan halaman.( lihat paparan di bawah). Sebagai contoh, jika anda ingin mengubah halaman 1, pilih butang di bahagian kiri dan klik ¡°Continue¡±. Jika anda ingin membina halaman yang baru, pilih butang di bahagian kiri dan klik ¡°Continue¡± untuk meneruskan.
Di sini anda perlu menamakan halaman anda, pilih gaya untuk halaman anda dan putuskan tajuk halaman anda dan tulis penerangan tentang produk anda. Klik ¡°OK¡± selepas mengisi maklumat-maklumat tersebut.(lihat paparan di bawah)
Sekarang, klik pada butang ¡°Click Here¡± untuk mengubah atau mehapuskan item. (lihat paparan di bawah)
Di sini anda perlu memilih produk yang anda ingin ubah atau hapus. Untuk mengubah, klik pada butang item produk di bawah caterogi ¡°Edit¡±. Untuk menghapuskan, klik pada butang item tersebut di bawah kategori ¡°Delete¡±. Klik pada butang ¡°Finish¡± setelah anda selesai mengubah/menghapuskan data. Perlukan sebarang bantuan? Klik pada "Ask e-Host"(lihat paparan di bawah)
Sampel:
Anda juga boleh meletakkan tag pada imej yang telah dipilih daripada Gallery di halaman produk anda. Tag imej ini adalah kaedah untuk menggambarkan imej dengan perkataan. Menggunakan kaedah ini, boleh membantu enjin carian seperti pencarian imej Google untuk menentukan samada imej adalah padan dengan kata kunci carian. Carian text-only juga boleh membaca tag imej yang anda berikan.(lihat paparan di bawah)
Sekarang anda klik pada ¡°Click Here¡± button untuk mengubah kedudukan imej.( lihat paparan di bawah)
Pilih halaman yang anda ingin ubah dan klik ¡°Continue¡± untuk langkah seterusnya.
Di sini, anda pilih item untuk diubah kedudukannya dengan klik pada butang di sebelahnya dan kemudian klik pada butang ¡°Move¡±. Klik pada ¡°Finish¡± selepas selesai menyusun prosuk anda. Senarai susunan item anda akan berubah.
Sekarang, klik pada butang ¡°Click Here¡± untuk menambah lebih item.(lihat paparan di bawah)
Pilih halaman yang mana anda mahu menambah lebih item. Klik ¡°Continue¡± selepas memilih halaman tersebut.
Di sini, anda tambahkan item pada halaman yang telah di pilih. Anda boleh menambah sehingga 15 item untuk setiap halaman produk. Masukkan maklumat dan teruskan. Ingat untuk klik pada ¡°OK¡± untuk menyimpan halaman.
|
|||












